Sunday, April 22, 2007

cinta


Cinta adalah satu perkataan yang mudah. Dikenali dengan nama 'pyar' dalam bahasa urdu, love dalam bahasa Enggeris dan ia adalah perkataan yang bermakna dalam semua bahasa. Cinta juga universal. Cinta hanyalah satu perkataan yang dilafazkan bagi menunjukkan perasaan. Apakah perasaan itu?

Perasaan yang digambarkan oleh perkataan 'cinta' itu sebenarnya tidak ternilai. Perasaan itu terkandung dalam emosi yang tidak dapat diterjemahkan. Maka, ada bijak pandai berkata, jika cinta itu ada terjemahannya; cinta itu bukanlah cinta.

Cinta adalah untuk semua. Perasaan cinta kepada tuhan adalah yang utama. Kemudian kepada sesama manusia; ibubapa, saudara dan teman. Cinta kepada teman inilah yang menjadi persoalan kepada kebanyakan, jika tidak kepada semua umat manusia.

Cinta kepada teman atau kekasih ini sukar untuk diperkatakan. Didalamnya terkandung satu perasaan memiliki, memberi, mengharap dan berkongsi.

Pertama kali merasai perasaan cinta; jatuh cinta, kita seolah-olah gila. Jika ia adalah perasaan yanh ikhlas, perbuatan yang akan dilakukan semasa dalam percintaan itu adakalanya begitu buta. Mungkin dari sini lahirnya cinta buta. Dunia seolah-olah terhenti berpusing dan tegak pada paksinya. Dunia ketika itu hanya menyaksikan dua sejoli ini. Dan dua sejoli ynag bercinta itu hanya wujud dalam dunia yang berdua. Tidak ada perkataan tidak atas apa-apa sahaja asalkan mereka dapat bersama. Ketika ini dunia hanyalah 'cinta'.

Dan sekiranya cinta itu ikhlas, mereka tidak akan menyakiti atau melakukan apa-apa yang bisa merosakkan cinta mereka. Perasaan yang dialami adalah yang terindah bisa manusia alami.

Namun cinta tidak mampu bertahan jika tiada usaha daripada kedua-dua pasangan kekasih. Hidup akan diteruskan. Mereka akan terus dan tetap bertemu dengan ribuan dan ratusan manusia. Justeru itu, percaturan perasaan lain akan muncul. Cemburu kerana perasaan memiliki kasih atau cinta tadi telah bertukar kepada memiliki manusia. Jatuh cinta dengan individu lain kerana personaliti atau ingin merasai kembali perasaan mabuk ketika jatuh cinta. Hilang kepercayaan kerana peristiwa atau pengalaman orang lain. Maka, akan ada seribu perkara yang mampu merosakkan cinta. Oleh itu, jika cinta itu ikhlas, kepercayaan akan membantu cinta itu mendasari perjalanan hidup pasangan kekasih.

Percayalah, cinta itu lebih dari perasaan memiliki, memberi dan sebagainya. Ia umpama makanan yang memberi zat kepada badan. Namun, makanan yang dihadam itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia ada dan hadir. Berilah ruang untuk merasai cinta kerana ia bukan jasmani.