Kenapa saya menulis blog dalam bahasa Inggeris sedangkan bahasa Melayu saya lebih baik dan teratur. Jika kita imbas kembali hasil keputusan peperiksaan SPM (sekiranya masih ada kaitan) maka bahasa Inggeris saya sangat ketinggalan. Mungkin juga di sebabkan itu, saya hanya belajar di dalam negara selepas tamat peperiksaan SPM sedangkan ramai teman-teman dihantar ke luar negara walaupun keputusan SPM hampir sama. Namun, sehingga bila atau kenapa saya perlu hidup di dalam situasi yang selamat dan menulis menggunakan bahasa Melayu?
Menulis blog berbahasa Inggeris adalah sesuatu yang melangkau keupayaan seorang manusia yang bernama saya. Berasal dari sebuah keluarga yang tidak pernah berbicara sesama sendiri menggunakan apa sahaja bahasa asing kecuali bahasa daerah samada dialek Kedah secara am atau dialek yang lebih terpinggir, Pokok Sena, bahasa Inggeris adalah bahasa luar atau bahasa penjajah. Cuma kini, dengan teknologi yang hampir kebanyakannya berteraskan bahasa Inggeris, maka sedikit sebanyak perkataan-perkataan itu menjadi mesra di telinga. Malah ibu saya juga sudah mula ber'Good night' atau 'Bye-bye' sebelum memutuskan talian telefon. Bagi saya tiada yang salah. Manusia yang mampu berbahasa selain bahasa ibunda adalah seseorang yang mampu berbicara dengan orang asing dan akan dapat menimba lebih banyak ilmu hidup. Justeru itu, kini di Jepun, saya sendirian terasa terasing kerana kurang mampu meluahkan kata-kata dengan teman-teman berbangsa Jepun kerana kekangan bahasa.
Kembali kepada persoalan pokok, kenapa menulis dalam bahasa asing? Jawapan itu sekiranya dikaji, yang tersurat dan tersirat sudah ada di dalam dua perenggan pertama. Untuk menjelaskannya, saya katakan bahawa saya ingin fasih dalam berbahasa Inggeris. Hanya dengan menulis di blog, saya mampu lakukan kesalahan dan kemudiannya membaca dan membetulkannya berulang kali. Mungkin tidak ramai yang percaya bahawa setiap teks yang panjang itu saya tulis di Microsof Word, diperbetulkan oleh software milik Bill Gates itu dan disiarkan di alam maya ini. Di dalam suatu tempoh tertentu, saya akan membaca semula dan membuat penambahanbaikan di dalam karangan tersebut. Oleh itu, saya menjadi juruedit kepada penulisan saya sendiri. Ya, cara yang murah dan mudah dan mungkin salah. Yang pasti, ia telah memberi saya banyak peluang untuk membuat salah dan menebus kesalahan walaupun tidak semua. Pastinya belajar sendiri tanpa guru mengambil masa yang lebih lama untuk menyedari kesalahan itu. Sehingga kini, saya masih menunggu ulasan dari mana-mana pembaca yang sudi memberi dan menunjuk-ajar setiap kesalahan dalam penulisan saya.
Di akhir kata, saya menulis hanya untuk meluah rasa. Bahasa digunakan untuk meyampai kata. Blog ini menjadi medium percuma!
7 comments :
C'na... pd sy, english or BM penulisan c'na tetap mantop!!! frankly speaking... dulu masa mula2 keje dgn c'na mmg kagum tgk c'na mengarang esp in english... i think u should write something... cerpen or novel n publish. teringat citer c'na tulis puisi masa zaman2 ukm (^_^) ~F.i.N.i.E~
Ah! Finie, u made my day! Terasa angin sejuk2, tgh terbang nih....hehehe! Thanks anyway...(^_~)
ka na, cepat turun sekrg!! bahaya tu terbang sorang2..takut terlanggaq kpal terbang plak!
ni dah sangkut kat atas bizan nih....hehehe!
sangkut kt bizan tak pa, bleh turun naik kabel car! *_*
nak turun dah ni...cuma kedai cable car ni tak oerate lg la ni...pagi lagi...:)
ces, ada ja idea nk menjawab! hahahah
Post a Comment