Sunday, October 4, 2009

Amarah di majlis hari raya

Seharusnya diplomasi menjadi tunggak hidup apabila kita hidup di kalangan masyarakat berbilang kaum atau dari pelbagai negara. Lidah seharusnya menjadi lebih lembut atau sepatutnya ditapis setiap perkataan yang lancar keluar dari mulut yang mulus. Kesilapan sedikit pasti akan dapat mengundang pelbagai rasa. Pepatah melayu yang berbunyi, 'Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata badan binasa' atau 'Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga', kedua-duanya memberi amaran akan buruk baik setiap perbuatan atau perkataan perlu ditimbang dengan penuh ketepatan.

Senario1
OrangA: Chena, saya mau undang Chena ke majlis Hari Raya di rumah saya.
Chena: Baiklah, saya akan datang.

Senario2 - Rumah OrangA dipenuhi teman-teman senegaranya. Sementara menanti teman-teman yang lain, mereka membuka bicara. Suami OrangA membuka tajuk bualan.
Suami OrangA: Kenapa tidak dipakai baju batik?
Teman1: Ngak ada mas, di sini.
Suami OrangA: Batik kita kan sudah mendapat pengikhtirafan Unesco.
Teman2: Iya mas.
Suami OrangA: Kita sudah berjaya....hahaha!
Chena yang mendengar sedari tadi hanya terdiam. Dalam diam dia mengundur diri dari rumah OrangA. Hatinya terusik dengan ucapan-ucapan yang kini kedengaran makin jauh. Majlis raya yang seharusnya di sambut meriah dan penuh kesatuan itu kini hanya menjadi majlis yang penuh kemarahan Chena. Dia berazam tidak akan ke rumah OrangA lagi.

Setiap manusia punya hati dan tahap kesabaran. Dikalangan 15 orang tetamu tadi, Chena hanyalah seorang tetamu dari negara tetangga. Dia sudah berteman selama 2 tahun dan saling menghormati. Namun ketelanjuran menghormati tetamu adalah sesuatu yang Chena tidak dapat terima.

No comments :