Aku tanyakan soalan ini bukan untuk tatapan atau perbincangan. Akan tetapi persoalan ini adalah untu diriku. Dah puas aku berfikir dalam beberapa bulan kebelangkangan ini. Samada aku mahu teruskan pengajian di sini atau berhenti. Aku sebenarnya dalam kebingungan yang teramat, kekusutan. Tentu teman-teman disekeliling tidak percaya jika aku katakan aku tidak berjejak pada bumi dan tidak berpaut pada langit.
Sebagai seorang manusia yang di lahirkan dengan sikap optimis, aku adalah tempat bertanya dan meluahkan perasaan bagi teman-teman atau kenalan di sekeliling. Teramat jarang aku mengalami keadaan di mana aku tidak mengetahui kemahuan sendiri. Hidup aku sentiasa terarah. Namun tuhan menguji aku. Aku kini berada di dunia di mana aku tidak dapat menentukan arah ku sendiri. Ini adalah ujian yang maha besar bagiku.
Lantas aku cuba mencari diri dan arah tujuan. Aku berharap pada ranting-ranting yang selama ini berteduh di bawahku. Bagaimana mampu ranting itu menahan rengekan dan desakan aku. Maka aku secara tidak sengaja telah memberi tekanan pada ranting-ranting itu. Rekahan pada pangkal ranting telah bermula. Dan aku bukannya semakin senang, malah semakin sukar dalam mencari sedikit kegembiraan di dalam cubaan ini.
Mungkin perkara terbaik adalah dengan bersabar. Mengurang berkata-kata dan berfikiran negatif. Maka akan aku jauhkan kata-kata buruk dari berlegar-legar dalam ruang fikiran dan angan ku.
Moga aku tabah. Moga ini adalah perkara terbaik dalam hidupku.
Gombatte ne!
No comments :
Post a Comment